Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

03 Oktober, 2009

SATU - A

Datin Maria hanya menunggu di dalam kereta.Dato Zainudin sahaja yang menemani Meyya Zara.Meyya Zara memang tidak kisah jika tidak di temani oleh babahnya kerana selama ini dia lebih suka berdikari dari bergantung dengan orang di sekelilingnya, terutama kedua orang tuanya yang memang sibuk sentiasa.

"Assalammualaikum, saya Meyya Zara Binti Zainuddin, pelajar baru."Meyya memperkenalkan dirinya kepada kerani SMK Seri Melur.

"Waalaikummussalam..oh, baru sampai ye, sekejap saya panggilkan cikgu Azizah.."Kak Zakiah keluar terkocoh-kocoh mencari Cikgu Azizah di bilik guru.Meyya Zara dan Dato Zainuddin duduk di kerusi yang disediakan.Tidak sampai sepuluh minit Kak Zakiah muncul semula bersama Cikgu Azizah, selaku Penolong Kanan dan juga Guru Hal Ehwal Pelajar dan disiplin.

"Dato Zainudin Hj Zarif..maaf buat Dato tertunggu,saya Cikgu Azizah"Cikgu Azizah gugup ketika berhadapan dengan Dato Zainudin seorang ahli korporat yang berjaya dan ternama, dan cukup dikenali semua orang.Dia sendiri agak terkejut dan teruja beberapa hari lepas setelah mendapat panggilan telefon dari Pejabat Pendidikan memaklumkan kemasukan pelajar baru anak seorang ternama di sekolahnya.Cikgu Azizah mempersilakan Dato Zainudin dan Meyya Zara masuk ke biliknya.

"Saya harap anak Dato selesa dengan keadaan di sini.."Cikgu Azizah masih tidak percaya dengan kedatangan Dato Zainuddin ke sekolahnya.

"Cikgu jangan risau, anak saya akan dapat menyesuaikan diri di sekolah cikgu ni, kalau ada apa saja masalah tentang anak saya harap cikgu tidak teragak-agak mengenakan tindakan disiplin sama seperti pelajar lain, dan jangan segan maklumkan kepada saya,"Pinta Dato Zainuddin.Meyya Zara yang duduk di sebelah babahnya masih diam menyepi.Cikgu Azizah terkulat-kulat mendengar permintaan Dato Zainuddin.

"Insyaallah Dato, tapi...."

"Cikgu, saya tak mahu anak saya dimanjakan hanya kerana kedudukan saya, dan Zara sajalah anak saya yang boleh saya harapkan dan lain dari anak-anak saya yang ada, sebab itu saya ikut kehendaknya untuk bersekolah di sekolah biasa dan saya memang setuju dengan keputusannya, saya amat berharap agar cikgu tidak berat sebelah dan pilih kasih,".Lagi sekali Cikgu Azizah tergamam, Dato Zainuddin seperti tau apa yang bermain difikirannya sebentar tadi.

"Baiklah, saya akan cuba berikan yang terbaik dan tidak akan menghampakan harapan Dato."Dato Zainuddin meninggalkan Meyya Zara bersama Cikgu Azizah, dia beredar meninggalkan perkarangan sekolah.Isterinya Datin Maria masih lagi geram dengan keputusan Meyya Zara dan suaminya.

"Puas la hati awak hantar Zara sekolah low class macam tu, saya tengok keadaan dari luar tadi pun langsung tak menyelerakan , apa lagi yang lain-lain."Bebel Datin Maria.

"Awak ni, tak baik menilai sesuatu dari luaran, permintaan Zara nak buat macam mana, dia selesa di sini biarlah,"Pujuk Dato Zainuddin sambil tersenyum memandang isterinya.Dia memang sudah lali dengan bebelan isterinya.Dia sudah faham benar dengan sikap isterinya, mula-mula sahaja dia akan protes nanti dia akan elok sendiri, dibiarkan sahaja isterinya membebel.

"Tu la awak, ikutkan sangat si Zara tu, kalau dia pilih sekolah yang top twenty pun saya tak kisah lagi bang, tapi sekolah tadi tu entah la susah saya nak cakap,"Bebel Datin Maria.Dato Zanuddin hanya tersenyum saja.

"Tu la, bila saya cakap awak ni tak ada reaksi langsung, asyik senyum sahaja."Datin Maria terus mendiamkan diri sebal dengan sikap suaminya yang hanya mendiamkan diri dan tersenyum sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan