Hi, Welcome to my blog, enjoy reading.
RSS

29 Mac, 2010

DUA -C-1

Seperti biasa rutin harian akan ada perhimpunan, Meyya zara beratur di belakang sekali, sebagai pelajar baru dia masih rasa kekok dengan tempat baru, dia cuba menjadi pemerhati melihat keadaan di sekelilingnya.Beberapa orang pelajar lelaki memerhati nakal ke arahnya, namun Meyya Zara tidak mempedulikan semua itu.

Meyya zara mendengar sahaja ucapan dari Ketua pelajar dan beberapa orang guru, sesekali matanya liar memerhati sekeliling.Beberapa orang pelajar melemparkan senyuman kepadanya dan di balas dengan senyuman juga dari Meyyazara.

Selesai perhimpunan semua pelajar masuk ke kelas dan bermulanya kelas.Meyyazara duduk di sebelah Nana.Masih tiada sepatah kata dari bibir manis Meyyazara hanya seulas senyuman yang bisa membuatkan sesiapa yang memandang rasa tertawan dengan senyumannya dan ketenangan raut wajahnya yang ayu.

Kelas pertama dari Puan Cheah mata pelajaran Matematik.Meyyazara mendengar dengan teliti penerangan dari Puan Cheah yang merangkap guru kelasnya juga.Faezah memberi ruang kepada Meyyazara untuk berkongsi buku teks bersama.Meyyazara mengucapkan terima kasih dan bibirnya memang tidak lokek dengan senyuman.Semua pelajar di suruh membuat latihan oleh Puan Cheah.

"Meyyazara, awak ikut saya sekejap kita pergi ambil buku teks di bilik guru.." Meyyazara bangkit.Pelajar lain memerhatinya.

"Cikgu, takkan nak ambil buku teks pun kena cikgu teman kan?bukan kena ambil sendiri ke??"Yani bersuara, Meyyazara senyum memandang Yani, dia dapat agak Yani seorang yang berani dan lantang berkata-kata.Puan Cheah turut memandang Yani.

"Haiya..mesti ini student kena teman ma..."Puan Cheah agak kelam kabut sedikit.

"Kenapa pulak mesti??Special sangat ke dia ni???"..Lagi sekali Yani lantang bertanya..

"Haiya..susah lor mau cakap...".Puan Cheah sudah rasa serba salah, dia memandang Meyyazara.

"Tak pe cikgu , saya boleh pergi sendiri ambil dekat bilik guru..." Meyyazara sudah keluar dari kelas tanpa sempat Puan Cheah menahannya.Meyyazara tau Yani memang sengaja cuba mencari pasal dengannya.Takpe dia biarkan saja.

Menanti cikgu Azizah yang sedang mengambil buku teks untuknya memang cukup meresahkan Meyyazara, satunya ada sorang guru lelaki yang suka memerhatinya, kedua beberapa orang pelajar lelaki yang sedang duduk semeja dengannya asyik mengacaunya, namun tidak diendahkan langsung oleh Meyyazara.Tamat sudah penantiannya bila Cikgu Azizah membawa keluar semua buku teks keperluannya.

"Banyak ni Meyyazara, boleh ke awak bawak?Kalau tak saya suruh budak dua orang ni tolong bawa kan." Meyyazara menggeleng..

"Takpe cikgu, saya boleh bawak sendiri.."Meyyazara terus mencapai semua buku teks selepas mengucapkan terima kasih dia terus berlalu.

Haish, kenapa semuanya yang tau tentang siapa aku terlalu mengambil berat ..tolong la aku memang tak suka situasi ni, aku nak jadi seperti pelajar biasa...

Meyyazara berjalan dengan laju tanpa memandang kiri dan kanan.Sewaktu dia turun dari tangga pintu bilik guru seseorang telah melanggarnya habis terjatuh semua buku teks di tangannya..Meyyazara agak terkejut dan mukanya berkerut sedikit menahan sakit tangannya terasa sedikit sengal.

-Aduh dari mana le pulak budak ni datang terus meluru nak masuk bilik guru tak tengok kiri kanan main langgar je aku yang besar kat depan pintu ni..-

"Ops,maafkan saya..tak sengaja, awak okey tak??"

-Ish,budak ni aku nampak cam ok ke sekarang ni???-


Meyyazara menggeleng,Cikgu Azizah yang terdengar sesuatu terus meluru ke depan pintu bilik guru, begitu juga guru yang lain yang ada di situ.

"Ya Allah kenapa ni?Meyyazara kamu tak apa-apa ke??Hazel apa yang kamu dah buat kat Meyyazara??"Hazel terpinga-pinga, bila melihat Cikgu Azizah terus menerpa ke arah Meyyazara.Selama dia belajar di sini Cikgu Azizah seorang yang bengis dan jarang bermesra dengan pelajar tapi kali ini risau betul dia dengan Meyyazara yang dia sendiri tak kenal dan tak pernah nampak gadis tersebut sebelum ni.

Siapa Meyyazara dia masih tertanya-tanya.Hazel mengutip dan menyusun semula semua buku teks yang berterabur.

"Takpe cikgu, saya okey, takde apa-apa, sakit sikit je,cikgu please !!saya student biasa jugak k.."Cikgu Azizah baru tersedar, dia lupa sekejap dengan pesanan dan syarat yang telah ditetapkan oleh Meyyazara dan Dato Zainuddin.Dia memang masih dibelenggu rasa takut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap anak seorang tokoh korporat yang cukup dikenali ini nanti pasti sekolahnya juga yang akan dipersalahkan.

Meyyazara bangkit dia cuba untuk mengambil semula buku teks yang telah dikutip dan di susun oleh Hazel, tapi tangannya masih terasa sakit.

"Takpe saya tolong awak angkat buku ni..Kelas??" Guru yang lain sudah mula beredar.Cikgu Azizah masih menunggu di depan pintu bilik guru.

"Kamu hantarkan dia kelas 4A1.."Cikgu Azizah menjawab mewakili Meyyazara.Meyyazara mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

24 November, 2009

DUA-C

Awal pagi Meyya Zara bangun, bersemangat dia untuk ke sekolah baru.Meyya Zara meneliti dirinya di depan cermin, setelah rasa puas hati dia turun ke bawah untuk menikmati minum pagi yang di sediakan oleh mamanya..Meyya Zara duduk di sebelah babahnya..


"Assalammualaikum bah,"


"Waalaikummussalam..hari ni meyya nak babah hantarkan ke?"Meyya zara mengambil nasi goreng yang masih panas ke pinggannya.Dia menggelengkan kepalanya sahaja.


"Tak apa le bah, Meyya nak naik bas je.."Dato Zainuddin senyum sahaja, dia memang sudah dapat agak jawapan Meyya Zara.


"Pelik betul kamu ni, kemudahan dan kesenangan babah kamu dah berikan tapi yang susah juga kamu nak."Bebel Datin Zakiah.


"Ma, biar susah dulu senang kemudian..."Balas Meyya Zara..Datin Zakiah memandang anaknya yang seorang ini yang ternyata memang keras kepala sama saja seperti babahnya.


"Suka hati kamu la, janji pandai-pandai lah kamu jaga diri.."Pesan Datin Zakiah.Meyya Zara mengangkat tangannya memberi tabik hormat kepada mamanya.


Sampai sahaja di sekolah Meyya Zara terus masuk ke kelas , Dia menegur Yani dan kawan-kawannya yang lain.Yani menjeling sinis, manakala Yanti dan yang lain menghulurkan senyuman.Ikhlas atau tidak Zara tidak kisah asalkan tidak sombong atau lokek senyuman sudah.


Zara rasa pelik dengan Yani, berlagak macam dia sahaja yang hebat.Zara duduk di tempatnya dia melihat dua orang pengawas yang asyik berkepit sejak semalam.Ke mana sahaja pasti berdua.Faizah dan Azian sedang asyik mengemas kelas sementara menanti loceng perhimpunan di bunyikan...Mereka memandang Zara sekilas menghulurkan senyuman kepada Zara.Zara berasa lega masih ada rupanya rakan sekelasnya yang mahu dan tahu memberi senyuman ikhlas...

18 Oktober, 2009

DUA-B

Selepas selesai makan malam, Zara masuk ke biliknya dia duduk di depan laptopnya, melihat jika ada email dari teman-teman lamanya.Tiada satu pun, Zara mengeluh.Di mana Jaja, Syasa, Joji dan Oshin..Zara membuka pula blognya, dia mula menaip menceritakan hari pertamanya di tempat baru...Apabila tiba cerita tentang Yani siang tadi Zara tersenyum sendirian, teringat dia dahulu ketika dia sekolah rendah tinggal dengan ibu saudaranya di Teluk Intan dan sekolah sama dengan sepupunya, dia baru sahaja masuk ke sekolah tersebut ada seorang pelajar lelaki yang ingin berdebat dengannya, Safwan teringat dia saat itu mereka bertikam lidah menegakkan pendapat masing-masing tentang perkara kecil sahaja, tapi sejak peristiwa itu mereka menjadi kawan baik.Di manakah Safwan sekarang??Apakah yang dia sedang buat sekarang?Sudah lama mereka tidak pernah bersua...
Sejak Meyya Zara berpindah ke Kuala Lumpur semula mereka terus tidak berhubung.Senyap begitu sahaja.

Mungkinkah dia dan Yani begitu juga??Oh mungkin tidak..!!

Jari jemari Zara masih setia menaip..
Zara tidak sabar untuk menanti hari esok.Dia tak sabar melihat suasana di tempat baru esok..
Meyya Zara meneliti jadual untuk esok, dia mengemas bukunya dan segala keperluan untuk esok.

08 Oktober, 2009

DUA-A

Makan malam pertama kali bersama semua ahli keluarga sejak Dato Zainuddin berpindah di rumah barunya di Ipoh.Dia kini sudah tidak perlu risau akan perniagaannya di Kuala Lumpur kerana dia yakin Puteri Sulongnya Neyya Zaifa dan anak lelakinya Zaif Zikri mampu menerajui syarikat yang sudah berkembang maju.Kini sasaran Dato Zainuddin adalah di Ipoh dia ingin memulakan perniagaan baru di Ipoh tempat kelahirannya dan kampungnya sendiri.Segalanya sudah di siapkan hanya menanti sedikit kertas kerja lagi yang perlu disiapkan.

Meyya Zara lebih banyak mendiamkan diri sambil menikmati makan malam.Dia hanya mendengar sahaja perbualan babah dengan kakak dan abangnya.Seminggu tidak jumpa maka banyaklah laporan yang kena di beritahu tentang pejabat kepada big bos..Mama pula sesekali menyelit dalam perbincangan tersebut.

Kemudian masing-masing senyap, Neyya Zaifa memandang ke wajah Meyya Zara satu-satunya adik perempuannya yang sentiasa dan suka melakukan sesuatu yang pelik dan lain dari kehendak keluarga.

"Zara, Kak Neyya dengar kau pilih sekolah yang low class lagi, tapi kali ni lebih teruk lagi, apa kes?"

"Takde pape, saja nak bergaul dengan pelajar yang bermasalah, dan mereka semua sama macam kita juga,"jawab Meyya Zara.Kakak dan abangnya saling berpandangan.

"Sama ke?"Meyya Zara memandang Abang Ngahnya Zaid Zikri..

"Sama la ngah, cuma mereka tidak berpeluang dan di beri peluang dan hidup mereka tidak bertuah seperti kita,"Meyya Zara cuba mempertahankan pendapatnya.Dia tau abang dan kakaknya memang seringkali mengajaknya berbalah dalam apa saja hal, mereka memang tidak sependapat, tapi akhirnya mereka akan mengalah dan setuju dengan pendapat Meyya Zara.Itu yang menghairankan Meyya Zara tidak setuju tapi akhirnya setuju juga, mungkin mereka sengaja menguji Meyya Zara dan tahap pemikiran Meyya Zara.Dari situ juga Meyya Zara dapat melatih dirinya dalam pertandingan perbahasan dan pidato yang sering dia sertai .

"Sudah lah tu, waktu makan pun nak berbahas juga ke?"Datin Zakiah menenangkan suasana, dia faham benar dengan anak-anaknya yang suka memperdebatkan pendapat masing-masing memang sudah bakat mereka,anak-anaknya memang sudah banyak memenangi pertandingan berbahas dan pidato sejak di bangku sekolah dan terbawa-bawa sehingga sekarang di rumah dan di mana saja ada sahaja perdebatan mereka bertiga.

"Macam mana dengan hari pertama Zara?"Dato Zanuddin bersuara.Meyya Zara memandang babahnya.

"Ok je Bah, hari ni Zara dah kenal kawan-kawan kelas Zara 4A1, Zara duduk dengan Wan dan Maz mereka berdua pengawas sekolah, tapi ada sorang ni Yani The Geng hari pertama dah mula cari pasal dengan Zara,"Dato Zanuddin memandang tepat ke wajah Meyya Zara...Neyya dan Zaif pu begitu juga.

"Yani The Gang???"Gengster ke??"Zaif mengangkat kening double -jerk.

"Entah la, tapi dari apa yang Zara tau dari Wan dan Maz , Yani The Gang tu terdiri dari 7 sahabat, ketuanya Yani, boleh la dikatakan gengster sekolah jugak la, tapi Yani tu sebenarnya pandai cuma dia tu angin sikit, ada masa dia rajin belajar ada masa dia langsung malas, tapi lebih banyak malas dari rajin, tapi dia pandai dan boleh berdebat, tadi pun masa Zara perkenalkan diri Zara dia dah ajak Zara berdebat.."Jelas Meyya Zara..Semua tertumpu dengan cerita Meyya Zara.

"Tentang apa?then who's the winner?"Dato Zainuddin senyum sahaja dengan cerita Meyya Zara.

"Tentang budak KL, Zara rasa dia alergi dengan budak KL, dia kata budak KL dengan budak Ipoh tak sama dan budak KL takkan dapat sesuaikan diri dengan budak Ipoh, dia tanya Zara boleh ke terima Ipoh, so Zara jawab senang je..temanya tentang kesedaran diri tak kira dari mana kita , siapa diri kita dan kita kena ingat asal usul kita dari kampung so jangan lupa diri dan kemana saja pergi pandai-pandai la sesuaikan diri dengan suasana dan keadaan, lebih kurang macam tu la, terus dia diam...tapi Zara rasa Zara suka dengan dia, cuma dia tu sombong sikit,"Semua ketawa dengan cerita Meyya Zara.

"Dah kalah pun masih sombong lagi, Angah dapat bayangkan muka dia bila Zara smash dia macam tu, so istihar perang tak?"Meyya Zara mengangguk sahaja.

"Dah agak dah,"Sampuk Neyya...

"Zara kena ingat tau, walaupun siapa dia dan apa sahaja yang dia lakukan biarkan sahaja, jangan berdendam, mama tak suka bermusuh, ingat biar orang buat kita jangan kita buat orang,"Pesan Datin Zakiah.

"Orait mem!"serentak anak-anaknya menjawab...Dato Zainuddin dan Puan Zakiah tersenyum melihat telatah anak-anaknya....Makan malam yang sungguh harmoni....

07 Oktober, 2009

SATU-B

Cikgu Azizah meneliti fail pelajar baru di hadapannya sekarang ini.Memang perasaan gugup tetap ada walaupun Dato Zainuddin telah pun berlalu beberapa minit yang lalu, namun anak dara Dato Zainuddin kini yang masih berada di depannya yang membuatkan dia rasa gugup lagi.

Memang dia tidak dapat nafikan akan kecemerlangan Meyya Zara sewaktu di sekolah lamanya dahulu setelah dia meneliti rekod pelajar Meyya Zara, tapi apalah sangat nak di bandingkan dengan SMK Seri Melur ini.

"Erm..awak Cik Meyya Zara.."Cikgu Azizah memulakan bicara untuk menghilangkan rasa gugupnya.

"Ya, saya Meyya Zara, tapi cikgu tak perlu panggil saya Cik Meyya Zara, babah dan mama panggil saya Zara sahaja.."Cikgu Azizah menganggukkan kepala.

"Kenapa awak pilih SMK Seri Melur, sedangkan dengan keputusan awak yang cemerlang awak boleh dapat masuk sekolah yang terbaik di sekitar Ipoh ini bukannya di sini sebenarnya tempat awak di sekolah yang penuh bermasalah.."Meyya Zara tersenyum sahaja mendengar pertanyaan Cikgu Azizah.

"Saya suka sesuatu yang mencabar, dan saya tak suka bergaul dengan orang yang sombong,"Cikgu Azizah mengerutkan dahinya kurang jelas dengan jawapan Meyya Zara.

"Cikgu, kalau sekolah yang dah terkenal ni pelajarnya semua bijak pandai dan pastinya mereka sombong dan cara pembelajaran mereka lain dari sekolah di sini, biar kita belajar susah dulu cikgu dan bersenang kemudian,"Jelas Zara secara ringkas .Cikgu Azizah senyum walaupun dia tidak faham sepenuhnya maksud Zara, namun memang dia tidak dapat menafikan sekolah yang terbaik semua pelajarnya memang agak sombong malah bukan sahaja pelajarnya tapi cikgunya juga, hanya segelintir sahaja yang baik.

"Baiklah, mari ikut saya, saya letakkan awak di kelas 4A1, tapi ini dah hujung tahun jadi mungkin kelas tiada, tapi ikut kepada guru, lagipun sekarang ni kami semua sibuk untuk buat majlis penyampaian hadiah untuk pelajar cemerlang peperiksaan akhir tahun , nanti awak boleh berkenalan dengan kawan-kawan yang lain dan senior sebelum senior awak tamat sekolah lagi dua bulan lagi..dan semester akan datang awak pula bakal jadi senior,"Cikgu Azizah bangkit dari tempat duduknya.Begitu juga Zara.

"Cikgu, saya nak minta tolong dari cikgu, boleh tak cikgu jangan kenalkan dan beritahu sesiapa tentang babah saya, saya cuma nak dikenali sebagai Meyya Zara Binti Zainuddin.."Pinta Zara.Cikgu Azizah memandang tepat ke wajah Zara.Oh anak ini sungguh baik, tidak bangga diri walaupun dari keluarga berada..
Cikgu Azizah mengangguk tanda setuju.

Meyya Zara hanya mengekori Cikgu Azizah.Beberapa orang pelajar yang berselisih dengannya memandang dan menoleh ke arah Zara.Ada juga suara-suara nakal yang mengusiknya namun Meyya Zara tidak mempedulikannya.Mereka lalu di kantin untuk pergi ke bilik guru, kerana Cikgu Azizah ingin mengambil barangnya yang tertinggal di bilik guru, kemudian sekumpulan pelajar lelaki menegur Cikgu Azizah.

"Assalammualaikum Cikgu,pelajar baru ke??"Airizam dan rakannya menegur hanya beberapa meter sahaja jarak mereka dengan Cikgu Azizah.Cikgu Azizah berhenti dan memandang sekumpulan pelajar lelaki yang memang sering memeningkan kepalanya namun adakalanya mereka juga pengibur sekolah kalau tanpa mereka memang sepi SMK Seri Melur.

"Ya, pelajar baru dari Kuala Lumpur, Meyya Zara Zainuddin, junior awak semua,"Beritahu Cikgu Azizah..

"La, junior baru ke, kenapa lambat masuk?tak dapat la kami nak tackle, kami dah nak keluar dari sini dia baru nak masuk.."Wan mengenyit mata kepada Zara.

"Dah, jangan nak buat kacau pula dengan budak baru, kamu semua tu nak dekat exam pergi study,"Cikgu Azizah memberi amaran dan terus meninggalkan Airizam dan rakan-rakannya.

"Cun ar awek junior tu, kalau aku dapat sumpah memang aku tak cari lain dah,"Airizam mengangkat tangan kanannya..

"Eleh, muka kau tak cari lain, tak percaya aku, kau tu bukan semua kat sini tak kenal buaya SMK Sri Melur.."Bidas Rudy..Wan, Ijam, Epi dan Chak semua nya memang dah faham sangat dengan Airizam lelaki kasanova SMK Seri Melur.

"Kamu jangan layan sangat senior tadi tu, mereka semua tu buaya dan samseng di sini, lebih - lebih lagi si Airizam yang tegur saya tadi tu, tapi Chak tu budak baik dia bakal pelajar terbaik sekolah ni cuma saya tak faham kenapa dia bergaul dengan pelajar yang bermasalah, puas dah saya nasihat tapi tetap sama je,"Bebel Cikgu Azizah.Zara hanya tersenyum sahaja,mereka berjalan menuju ke kelas 4A1.

Sampai saja semua pelajar bangun dan memberi salam kepada cikgu Azizah, Puan Cheah yang sedang mengajar berhenti seketika.Semua pelajar memandang Zara.

"Maaf cikgu, saya cuma nak maklumkan ada pelajar baru yang akan masuk kelas ni, saya rasa cikgu dah tau semalam, ini dia Meyya Zara Binti Zainuddin,saya serahkan dia pada Cikgu"Puan Cheah menghampiri Cikgu Azizah.

"Oh, ini dia ye pelajar baru yang dari KL, ok mari masuk kenalkan diri,"Meyya Zara masuk berdiri di depan.Cikgu Azizah meninggalkan Zara bersama kawan-kawan barunya.

"Hi, nama saya Meyya Zara Binti Zainuddin, asal memang orang sini tapi babah dan mama dah lama duduk di KL, tahun ni kami berpindah ke sini sebab babah dapat keje kat sini,babah kerja tukang kebun, mama pula suri rumah ,ada 4 orang adik beradik, saya anak ke-3."Semua senyap memandang Zara.

"Dah lama ke awak tinggal di KL?"Yani yang duduk di belakang sekali bersuara..

"Sejak kecil lagi."

"Tak rasa lain ke daripada budak KL jadi pulak budak Ipoh, lagipun budak KL kan bagus."Zara memandang Yani, dia rasa seperti ada nada yang kurang senang dari Yani.

"Apa yang bagusnya?maksud awak?"saja Zara menguji Yani.

"Awak sendiri tau, tapi saya rasa awak saja , takpe...Ye la KL dan Ipoh dua bandar yang jauh beza, KL segala-galanya ada tapi Ipoh pula sebaliknya, awak budak KL takkan biasa punya dengan budaya dan cara budak Ipoh, so awak rasa awak boleh terima ke?"Zara senyum sahaja memandang Yani,..Yani memandang tajam ke anak mata Zara dia rasa dia sudah ada persaingan kali ini.

Minah kl ni aku tanya dia boleh senyum pulak..

"KL memang sebut je Kl semua orang ingat budak KL ni bagus sangat, sombong, tapi tak semua, mana-mana tempat pun sama saja pada saya, apa yang penting kita kena sedar diri kita datang dari mana, kalau asal kampung so jangan la dilupa asal kita, saya rasa takde bezanya janji pandai sesuai kan diri dengan keadaan..."jawab Zara ringkas tapi padat.Semua pelajar Cina , India dan Melayu tepuk tangan kecuali Yani, Nana dan Yanti geng Yani diam.Puan Cheah hanya tersenyum memerhati perdebatan ringkas.Yani the geng istihar perang dingin dengan Zara.

Puan Cheah memberi Zara duduk bersama Faez dan Maz...


Perang dingin bermula antara Yani the geng dan Meyya Zara........

03 Oktober, 2009

SATU - A

Datin Maria hanya menunggu di dalam kereta.Dato Zainudin sahaja yang menemani Meyya Zara.Meyya Zara memang tidak kisah jika tidak di temani oleh babahnya kerana selama ini dia lebih suka berdikari dari bergantung dengan orang di sekelilingnya, terutama kedua orang tuanya yang memang sibuk sentiasa.

"Assalammualaikum, saya Meyya Zara Binti Zainuddin, pelajar baru."Meyya memperkenalkan dirinya kepada kerani SMK Seri Melur.

"Waalaikummussalam..oh, baru sampai ye, sekejap saya panggilkan cikgu Azizah.."Kak Zakiah keluar terkocoh-kocoh mencari Cikgu Azizah di bilik guru.Meyya Zara dan Dato Zainuddin duduk di kerusi yang disediakan.Tidak sampai sepuluh minit Kak Zakiah muncul semula bersama Cikgu Azizah, selaku Penolong Kanan dan juga Guru Hal Ehwal Pelajar dan disiplin.

"Dato Zainudin Hj Zarif..maaf buat Dato tertunggu,saya Cikgu Azizah"Cikgu Azizah gugup ketika berhadapan dengan Dato Zainudin seorang ahli korporat yang berjaya dan ternama, dan cukup dikenali semua orang.Dia sendiri agak terkejut dan teruja beberapa hari lepas setelah mendapat panggilan telefon dari Pejabat Pendidikan memaklumkan kemasukan pelajar baru anak seorang ternama di sekolahnya.Cikgu Azizah mempersilakan Dato Zainudin dan Meyya Zara masuk ke biliknya.

"Saya harap anak Dato selesa dengan keadaan di sini.."Cikgu Azizah masih tidak percaya dengan kedatangan Dato Zainuddin ke sekolahnya.

"Cikgu jangan risau, anak saya akan dapat menyesuaikan diri di sekolah cikgu ni, kalau ada apa saja masalah tentang anak saya harap cikgu tidak teragak-agak mengenakan tindakan disiplin sama seperti pelajar lain, dan jangan segan maklumkan kepada saya,"Pinta Dato Zainuddin.Meyya Zara yang duduk di sebelah babahnya masih diam menyepi.Cikgu Azizah terkulat-kulat mendengar permintaan Dato Zainuddin.

"Insyaallah Dato, tapi...."

"Cikgu, saya tak mahu anak saya dimanjakan hanya kerana kedudukan saya, dan Zara sajalah anak saya yang boleh saya harapkan dan lain dari anak-anak saya yang ada, sebab itu saya ikut kehendaknya untuk bersekolah di sekolah biasa dan saya memang setuju dengan keputusannya, saya amat berharap agar cikgu tidak berat sebelah dan pilih kasih,".Lagi sekali Cikgu Azizah tergamam, Dato Zainuddin seperti tau apa yang bermain difikirannya sebentar tadi.

"Baiklah, saya akan cuba berikan yang terbaik dan tidak akan menghampakan harapan Dato."Dato Zainuddin meninggalkan Meyya Zara bersama Cikgu Azizah, dia beredar meninggalkan perkarangan sekolah.Isterinya Datin Maria masih lagi geram dengan keputusan Meyya Zara dan suaminya.

"Puas la hati awak hantar Zara sekolah low class macam tu, saya tengok keadaan dari luar tadi pun langsung tak menyelerakan , apa lagi yang lain-lain."Bebel Datin Maria.

"Awak ni, tak baik menilai sesuatu dari luaran, permintaan Zara nak buat macam mana, dia selesa di sini biarlah,"Pujuk Dato Zainuddin sambil tersenyum memandang isterinya.Dia memang sudah lali dengan bebelan isterinya.Dia sudah faham benar dengan sikap isterinya, mula-mula sahaja dia akan protes nanti dia akan elok sendiri, dibiarkan sahaja isterinya membebel.

"Tu la awak, ikutkan sangat si Zara tu, kalau dia pilih sekolah yang top twenty pun saya tak kisah lagi bang, tapi sekolah tadi tu entah la susah saya nak cakap,"Bebel Datin Maria.Dato Zanuddin hanya tersenyum saja.

"Tu la, bila saya cakap awak ni tak ada reaksi langsung, asyik senyum sahaja."Datin Maria terus mendiamkan diri sebal dengan sikap suaminya yang hanya mendiamkan diri dan tersenyum sahaja.

SATU

Di manakah hilangnya senyuman ceria milik seorang gadis yang bernama Meyya Zara?Ke manakah menghilangya gurau senda dan tawa Meyya Zara?Semuanya kini suram dan sepi.Sepi seperti tiada sesiapa yang tinggal di bumi bertuah ini.Begitulah sepinya hati Meyya Zara.

Kehidupan yang dilalui Meyya Zara sungguh indah sekali sebelum ini, namun sekarang hatinya sepi, jiwanya kosong.

Meyya Zara seorang gadis lincah, aktif dan juga cukup disenangi rakan-rakannya.Namun masih ada segelintir pelajar yang cemburu dengan Meyya Zara, namun semua itu tidak dipedulikannya.Ternyata Meyya Zara seorang yang cukup peramah dan mudah untuk mengenali dan mendekatinya.Dia senang berkawan dengan sesiapa sahaja.Tidak pernah memilik kawan.

SMK Seri Melur cukup beruntung kerana mempunyai pelajar aktif seperti Meyya Zara.Aktif dalam sukan, kurikulum dan juga ko-kurikulum.Rakan baiknya Zura dan Hanim.

Hari pertama Meyya Zara mendaftar masuk di SMK Melati.Di temani oleh kedua orang tuanya.Meyya Zara Dato Zainuddin.Babahnya Dato Zainuddin cukup hairan dan pelik dengan sikap dan kemahuan anaknya yang seorang ini.Abang dan kakaknya semua mahu bersekolah di sekolah yang ternama tapi Zara pula hanya memilih sekolah yang low class.Agak berat hatinya untuk membenarkan Zara bersekolah di sini, namun dia kalah dengan pujukan Zara.Mummy pula sejak semalam asyik membebel sahaja.Memang mummy tak puas hati dengan keputusan Meyya Zara.Meyya Zara masuk ke pejabat memperkenalkan diri.

01 Oktober, 2009

Sebuah Bingkisan Dari Meyya Zara...

Aku yakin apa sahaja yang ingin dan akan kita lakukan jika kita benar-benar berusaha pasti akan disudahi dengan kejayaan..Liku-liku hidup yang penuh cabaran di lalui dengan tabah.Biarpun hati ini walang, gundah -gulana, risau, marah, disakiti, dilukai, dan macam-macam lagi namun hidup tetap dijalani dengan penuh keindahan yang di cipta oleh kita sendiri.Kebahagian sebenar adalah diri kita sendiri.Terpulang kepada diri sendiri bagaimana ingin mencorakkan dan merealisasikan kebahagian yang kita sendiri inginkan.Hidup aku begitu juga penuh dengan pancaroba..Tiada siapa pun di antara kita yang tidak lepas dari mengharungi hidup ini yang penuh berliku.Watak kita sama sahaja cuma cerita dan kisah kita berlainan.Ada suka dan duka, sedih dan tangis, gembira dan ceria, lara????mungkin ada namun siapa yang tau bisikan hati..

Coretan ku ini serba sedikit ku petik dari kisah hidupku, rakan-rakan di sekelilingku yang cukup rapat dan aku kenali, dan juga mungkin dari semua orang yang memang sudah menjadi lumrah hidup setiap insan...

Terima kasih ku ucapkan kepada yang sudi singgah sebentar di ruangan ku ini....